Kandungan Flexa-T Suplemen Sakit Sendi Dan Otot
- Kunyit / Rhizoma Curcuma Longa
- Berkesan untuk menyingkirkan angin-sejuk-lembap, terutamanya dari bahagian atas badan dan luaran
- Qianghuo / Radix Notopterygium Incisum
- Menggerakkan aliran darah dalam badan (dalaman)
- Danggui / Radix Angelica Sinensis
- Mengalirkan darah supaya herba yang menyingkirkan penyakit tidak melemahkan tenaga badan
Flexa-T ialah suplemen sakit sendi dan otot herba yang dirumus untuk membantu melegakan ketegangan pada bahu & lengan, menyokong peredaran darah, serta mengurangkan risiko masalah sendi secara semula jadi.
Kebaikan Flexa-T Suplemen Sakit Sendi Dan Otot
- Melegakan Sakit Sendi & Otot
- Merangsang peredaran darah & mengurangkan angin
- Melegakan kesakitan & ketegangan pada sendi
- Sokong Peredaran Darah & Tenaga Badan
- Membuka saluran tubuh untuk mengurangkan sakit, terutamanya di bahu & lengan
- Menguatkan tenaga badan supaya herba kekal berkesan
- Atasi Punca Masalah Sendi Secara Menyeluruh
- Mengurangkan risiko penyakit reumatik (penyakit yang melibatkan sendi, otot, tulang dan tisu penghubung) dan keradangan pada sendi
Cara Penggunaan Flexa-T Suplemen Sakit Sendi Dan Otot
Untuk hasil yang optimum, ambil Flexa-T mengikut dos yang disyorkan pada label produk secara konsisten setiap hari. Kebanyakan pengguna mula nampak perubahan dalam 1-3 bulan penggunaan konsisten. Bagi kecederaan sendi baru (akut), atau untuk sokongan jangka panjang bagi ketegangan sendi & otot berulang, Flexa-T lebih sesuai sebagai sokongan penyembuhan yang sesuai terlebih dahulu.
Jika anda sedang mengambil ubat pencair darah (seperti Warfarin atau Aspirin), sila rujuk doktor sebelum mengambil Flexa-T, memandangkan kandungan herba di dalam Flexa-T menggalakkan peredaran darah.
Cara Penyimpanan Flexa-T
Simpan Flexa-T di tempat sejuk dan kering, jauh dari cahaya matahari langsung dan kelembapan tinggi. Pastikan bekas ditutup rapat selepas setiap penggunaan dan simpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Sesuai Untuk Siapa?
Flexa-T sesuai untuk orang dewasa yang aktif, maupun warga emas yang ingin menjaga kesihatan sendi jangka panjang, terutamanya bagi mereka yang mengalami ketegangan sendi & otot di bahu dan lengan. Bagi pesakit RA yang sedang dalam rawatan doktor, kami saran dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggabungkan dengan rawatan sedia ada.
Soalan Lazim Tentang Flexa-T Suplemen Sakit Sendi Dan Otot
Apa maksud "angin" dalam konteks herba ni – sama ke dengan "masuk angin" yang kita biasa faham?
Dalam perubatan tradisional Cina, "angin" merujuk kepada faktor luaran seperti kesejukan & kelembapan yang dipercayai menyebabkan ketegangan & kesakitan pada sendi dan otot, konsepnya berbeza dari "masuk angin" yang biasa dikaitkan dengan kembung perut. Dalam produk ini, ia merujuk khusus kepada sokongan untuk kesihatan sendi & otot.
Berkesan untuk bahagian lain (lutut, pinggang), atau khas untuk bahu & lengan sahaja?
Flexa-T direka untuk menyokong peredaran darah & kesihatan sendi secara menyeluruh, sesuai untuk pelbagai bahagian badan yang mengalami ketegangan & kesakitan.
Selamat untuk yang sedang ambil ubat pencair darah?
Jika anda sedang mengambil ubat pencair darah (seperti Warfarin atau Aspirin), sila rujuk doktor sebelum mengambil Flexa-T, memandangkan kandungan herba di dalam Flexa-T menggalakkan peredaran darah.
Selamat untuk pesakit rheumatoid arthritis (RA) yang sedang dalam rawatan doktor?
Flexa-T boleh digunakan sebagai sokongan tambahan, tetapi bagi pesakit RA yang sedang dalam rawatan aktif, kami saran dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggabungkan dengan rawatan sedia ada.
Sesuai untuk kecederaan sendi baru (akut), atau khas untuk sakit sendi berulang?
Flexa-T lebih sesuai untuk sokongan jangka panjang bagi ketegangan sendi & otot yang berulang. Bagi kecederaan akut/baru, sila dapatkan rawatan perubatan yang sesuai terlebih dahulu.
Berapa lama nak nampak hasil?
Kebanyakan pengguna mula nampak perubahan dalam 1-3 bulan penggunaan konsisten. Hasil boleh berbeza mengikut individu.
Sesuai untuk umur berapa?
Flexa-T sesuai untuk orang dewasa yang aktif mahupun warga emas yang ingin menjaga kesihatan sendi jangka panjang.
Cara pengambilan / dos harian?
Sila rujuk arahan penggunaan pada label produk untuk dos yang tepat, atau lihat bahagian "Cara Penggunaan" di atas.
Ada kesan sampingan?
Flexa-T diperbuat daripada bahan herba semula jadi. Namun, jika anda mempunyai kondisi kesihatan sedia ada, sila rujuk doktor sebelum penggunaan.
Selamat untuk perempuan hamil/menyusu?
Tidak digalakkan tanpa nasihat doktor terlebih dahulu.
Halal ke tak?
Ya, Flexa-T disahkan Halal oleh JAKIM (No. Rujukan: JAKIM.700-2/3/5 022-01/2004).
Boleh return/refund kalau tak sesuai?
Sila rujuk Dasar Pemulangan & Bayaran Balik kami untuk syarat dan tempoh yang berkenaan.











Reviews
There are no reviews yet.