Tarikh Berkuat Kuasa: 25 Februari 2026
Selamat datang ke laman web Nature Health Pharmacy. Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan terma dan syarat berikut. Sila baca dengan teliti sebelum membuat pembelian.
1. Penggunaan Laman Web
Laman web ini disediakan untuk kegunaan peribadi dan tujuan yang sah sahaja. Dengan mengakses dan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk tidak menyalahgunakannya bagi sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau melanggar hak mana-mana pihak ketiga. Nature Health Pharmacy berhak untuk menyekat, menggantung atau menamatkan akses anda sekiranya berlaku pelanggaran terhadap terma yang ditetapkan, bagi memastikan keselamatan dan pengalaman yang selamat untuk semua pengguna.
2. Akaun Pengguna
Beberapa bahagian laman web mungkin memerlukan pendaftaran akaun, namun pelanggan juga boleh membuat pembelian sebagai tetamu (guest checkout) tanpa perlu mencipta akaun. Sekiranya anda memilih untuk mendaftar akaun, anda bertanggungjawab memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat, terkini dan lengkap, serta menjaga kerahsiaan kata laluan dan butiran log masuk anda. Nature Health Pharmacy tidak bertanggungjawab terhadap sebarang aktiviti yang berlaku akibat kegagalan menjaga keselamatan akaun anda.
3. Maklumat Produk & Penafian Kesihatan
Semua produk yang ditawarkan oleh Nature Health Pharmacy adalah untuk tujuan kesihatan dan kesejahteraan umum sahaja dan tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Maklumat produk, termasuk cadangan penggunaan dan dos, adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengeluar serta sumber rujukan tradisional. Setiap individu mungkin mempunyai tindak balas badan yang berbeza. Oleh hal yang demikian, Nature Health Pharmacy tidak dapat menjamin hasil yang sama bagi setiap pengguna serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesan peribadi akibat penggunaan produk. Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sekiranya anda mempunyai keadaan kesihatan tertentu seperti sedang hamil, menyusukan anak atau mengambil ubat preskripsi dari hospital.
4. Harga & Pembayaran
Semua harga yang dipaparkan di laman web Nature Health Pharmacy adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). Kami sentiasa berusaha memastikan maklumat harga adalah tepat. Namun begitu, pihak kami berhak untuk mengubah harga pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua transaksi pembayaran diproses secara selamat melalui gerbang pembayaran pihak ketiga yang dipercayai. Untuk keselamatan anda, Nature Health Pharmacy tidak menyimpan sebarang maklumat kad kredit atau butiran pembayaran sensitif di pelayan kami
5. Pesanan
Apabila anda membuat pesanan melalui laman web kami, ia dianggap sebagai permintaan untuk membeli dan tertakluk kepada pengesahan daripada pihak Nature Health Pharmacy. Pesanan hanya dianggap sah selepas disahkan dan diproses oleh pihak kami. Kami berhak untuk menolak atau membatalkan pesanan sekiranya berlaku kesilapan harga, maklumat produk yang tidak tepat, stok tidak mencukupi atau situasi lain di luar kawalan kami. Sekiranya pembatalan berlaku, sebarang bayaran yang telah dibuat akan dipulangkan mengikut prosedur bayaran balik yang ditetapkan.
6. Penghantaran
Kami sentiasa berusaha memastikan setiap pesanan diproses dan dihantar dengan cepat dan selamat ke alamat yang diberikan semasa pembelian. Kos serta anggaran tempoh penghantaran akan dipaparkan semasa proses checkout. Walaupun kami bekerjasama dengan rakan penghantaran yang dipercayai, terdapat kemungkinan kelewatan yang berada di luar kawalan kami. Nature Health Pharmacy tidak dapat menjamin masa penghantaran yang tepat sekiranya berlaku gangguan logistik atau situasi luar jangka.
7. Pemulangan & Bayaran Balik
Untuk menjaga keselamatan dan kualiti produk kami, pemulangan hanya dibenarkan bagi produk yang rosak, salah item atau tidak sepadan dengan pesanan. Produk suplemen yang telah dibuka tidak dapat dipulangkan atas faktor kebersihan dan keselamatan pengguna .Sila rujuk Polisi Pemulangan & Bayaran Balik kami untuk maklumat lebih terperinci.
8. Hak Milik Intelektual
Semua kandungan laman web ini, termasuk teks, imej, logo dan reka bentuk adalah hak milik Nature Health Pharmacy dan dilindungi undang-undang. Anda dilarang menyalin, memuat turun atau menggunakan kandungan ini untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis.
9. Hak Liabliliti
Kami sentiasa berusaha memastikan maklumat dan produk yang disediakan adalah tepat dan berkualiti. Namun, setiap individu mempunyai tindak balas badan yang berbeza. Nature Health Pharmacy tidak dapat menjamin hasil yang sama bagi setiap pengguna dan tidak bertanggungjawab terhadap penggunaan yang tidak mengikut arahan atau nasihat profesional kesihatan.
10. Privasi & Data Peribadi
Sila rujuk Polisi Privasi kami untuk maklumat tentang pengumpulan dan penggunaan data peribadi. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju bahawa data anda boleh dikumpul melalui Google Analytics dan digunakan untuk menambah baik pengalaman pengguna. laman web ini.
11. Pautan Laman Web Pihak Ketiga
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, polisi privasi atau amalan laman web pihak ketiga tersebut.
12. Undang-undang & Penyelesaian Pertikaian
Sebarang isu atau salah faham akan cuba diselesaikan secara baik melalui perbincangan bersama. Jika perlu, perkara tersebut akan dirujuk mengikut undang-undang Malaysia.
13. Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai terma ini:
Nature Health Pharmacy
Emel: admin@naturehealthpharmacy.com.my
Telefon: 03 – 2779 6366
Laman Web: https://naturehealthpharmacy.com.my
