Privacy Policy

Tarikh Berkuat Kuasa: 25 Februari 2026

Di Nature Health Pharmacy, kami menghargai kepercayaan anda. Privasi dan keselamatan maklumat peribadi anda adalah sangat penting bagi kami. Polisi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.

Dengan menggunakan laman web kami https://naturehealthpharmacy.com.my anda bersetuju dengan amalan yang diterangkan dalam polisi ini.

1. Maklumat yang Anda Berikan

Apabila anda melayari atau membuat pembelian di laman web kami, kami mungkin mengumpul:

Maklumat Yang Anda Berikan

  • Nama penuh
  • Nombor telefon
  • Alamat emel
  • Alamat penghantaran
  • Sejarah pesanan
  • Sebarang mesej atau pertanyaan yang diihantar kepada kami

Maklumat pembayaran anda diproses secara selamat melalui penyedia pembayaran pihak ketiga dan tidak disimpan di pelayan kami.

2. Pembayaran Melalui Third-Party Website

Semua transaksi pembayaran diproses melalui penyedia gerbang pembayaran yang selamat dan dipercayai.

Nature Health Pharmacy tidak menyimpan maklumat kad kredit atau butiran pembayaran sensitif anda. Maklumat tersebut diuruskan terus oleh Fiuu mengikut piawaian keselamatan industri.

3. Data Analitik & Cookies

Google Analytics untuk membantu kami memahami:

  • Bagaimana pelawat menggunakan laman web
  • Halaman yang paling kerap dilawati
  • Cara kami boleh menambah baik pengalaman pengguna

Maklumat ini dikumpul secara automatik seperti alamat IP, jenis peranti dan pelayar, serta interaksi laman web. Data ini digunakan untuk tujuan analisis sahaja dan tidak mengenal pasti anda secara peribadi. Anda boleh memilih untuk mematikan cookies melalui tetapan pelayar anda pada bila-bila masa.

4. Tujuan Kami Menggunakan Data Anda

Kami menggunakan maklumat anda untuk:

  • Memproses dan menghantar pesanan
  • Memberikan khidmat pelanggan
  • Menjawab pertanyaan
  • Menghantar pengesahan dan kemas kini pesanan
  • Menambah baik perkhidmatan dan pengalaman pengguna
  • Menghantar promosi (hanya jika anda bersetuju
  • Mematuhi keperluan undang-undang

Kami hanya menggunakan data anda untuk tujuan yang berkaitan dengan urusan anda bersama kami.

5. Perkongsian Maklumat

Kami hanya berkongsi maklumat anda apabila perlu, termasuk dengan:

  • Penyedia gerbang pembayaran
  • Syarikat penghantaran
  • Penyedia perkhidmatan IT dan hosting
  • Penyedia analitik seperti Google
  • Pihak berkuasa jika diperlukan oleh undang-undang

Kami memastikan semua pihak ketiga ini melindungi data anda mengikut keperluan PDPA

6. Keselamatan Data

Kami mengambil langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran, kehilangan atau penyalahgunaan. Walaupun tiada sistem yang 100% selamat, kami berusaha memastikan maklumat anda diuruskan dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.

7. Hak Anda Di Bawah PDPA

Sebagai pelanggan, anda berhak untuk:

  • Meminta akses kepada data peribadi anda
  • Meminta pembetulan jika terdapat kesilapan
  • Menarik balik persetujuan untuk komunikasi pemasaran
  • Mengehadkan penggunaan data tertentu

Untuk sebarang permintaan berkaitan data peribadi anda, sila hubungi kami.

8. Penyimpanan Data

Kami akan menyimpan data anda hanya selama yang diperlukan untuk:

  • Melengkapkan urusan pesanan
  • Memenuhi keperluan undang-undang
  • Menyelesaikan sebarang pertikaian

Selepas itu, data akan dipadam secara selamat.

9. Perubahan Polisi

Kami mungkin mengemas kini polisi ini dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal relevan dan mematuhi keperluan semasa. Sebarang perubahan akan dikemas kini di halaman ini.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai polisi ini atau data peribadi anda, sila hubungi:

Nature Health Pharmacy
Emel: admin@naturehealthpharmacy.com.my
Telefon: 03 – 2779 6366
Laman Web: https://naturehealthpharmacy.com.my

Shopping Cart
Scroll to Top