Kandungan Suplemen Pelangsingan dan Tenaga Badan Starline
- Radix Panax Quinquefolii (American Ginseng)
- Membantu meningkatkan tenaga dan stamina
- Menyokong metabolisme glukosa (gula dalam darah)
- Membantu mengurangkan rasa keletihan
- Folium Aloe Vera Extract (Ekstrak Daun Aloe Vera)
- Menyokong kesihatan sistem pencernaan
- Membantu pergerakan usus secara semula jadi
- Digunakan secara tradisional untuk membantu proses pembuangan sisa badan
- Folium Nelumbo Nucifera (Daun Teratai/Lotus Leaf)
- Digunakan secara tradisional dalam formulasi pengurusan berat badan
- Mengandungi sebatian yang dikaji berkaitan metabolisme lemak
Starline suplemen pelangsingan dan tenaga badan herba yang menggabungkan American Ginseng, Aloe Vera dan Daun Teratai untuk membantu menyokong metabolisme, pencernaan dan usaha pengurusan berat badan secara semula jadi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat
Kebaikan Suplemen Pelangsingan dan Tenaga Badan Starline
- Sokong Pengurusan Berat Badan Melalui Tenaga & Metabolisme
- Menyokong metabolisme glukosa untuk bekalan tenaga yang lebih stabil, membantu anda lebih aktif
- Digabungkan dengan Daun Teratai yang biasa digunakan dalam formulasi tradisional pengurusan berat badan
- Tingkatkan Tenaga & Stamina Harian
- Membantu mengurangkan rasa keletihan sepanjang hari
- Sesuai untuk yang aktif bersenam sebagai sebahagian usaha pelangsingan
- Sokong Sistem Pencernaan Yang Sihat
- Membantu pergerakan usus lebih lancar
- Mengurangkan rasa kembung akibat sembelit
Cara Penggunaan Suplemen Pelangsingan dan Tenaga Badan Starline
Untuk hasil yang optimum, ambil Starline 1 biji 2 kali sehari mengikut dos yang disyorkan pada label produk secara konsisten setiap hari. Starline bukan pengganti makanan atau ubat — pemakanan seimbang & gaya hidup sihat tetap penting untuk hasil yang optimum & berkekalan.
Tidak perlu kawal diet secara ketat apabila mengambil produk ini, tetapi pemakanan seimbang dan senaman setiap hari akan membantu hasil yang lebih baik.
Cara Penyimpanan Starline
Simpan Starline di tempat sejuk dan kering, jauh dari cahaya matahari langsung dan kelembapan tinggi. Pastikan bekas ditutup rapat selepas setiap penggunaan dan simpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Sesuai Untuk Siapa?
Starline sesuai untuk dewasa yang ingin menyokong usaha pelangsingan melalui tenaga, metabolisme dan kesihatan pencernaan secara semula jadi. Jika anda mempunyai diabetes atau sedang mengambil ubat kawalan gula darah, sila rujuk doktor terlebih dahulu memandangkan kandungan Ginseng boleh menyokong metabolisme glukosa. Tidak sesuai untuk perempuan hamil/menyusu tanpa nasihat doktor.
Soalan Lazim Tentang Suplemen Pelangsingan dan Tenaga Badan Starline
Starline ni fat burner ke?
Starline bukan “fat burner” dalam erti kata membakar lemak secara terus. Ia menyokong pelangsingan melalui peningkatan tenaga dan metabolisme, digabungkan dengan Daun Teratai yang biasa digunakan dalam formulasi tradisional pengurusan berat badan — sesuai sebagai sokongan tambahan kepada diet seimbang serta gaya hidup aktif.
Macam mana Starline bantu pelangsingan kalau bukan fat burner?
Starline menyokong tenaga supaya anda lebih aktif bersenam, metabolisme glukosa untuk bekalan tenaga stabil, dan sistem pencernaan yang lancar — kombinasi ini membantu usaha pelangsingan secara menyeluruh, bukan melalui pembakaran lemak direct.
Selamat untuk pesakit diabetes?
Starline mengandungi Ginseng yang dikaji berkaitan kesan terhadap paras gula dalam darah. Jika anda mempunyai diabetes atau sedang mengambil ubat kawalan gula darah, sila rujuk doktor untuk elak sebarang interaksi.
Kenapa saya rasa nak buang air lebih kerap lepas ambil Starline?
Ini biasa berlaku disebabkan kandungan Ekstrak Aloe Vera yang menyokong pergerakan usus. Sesetengah pengguna mungkin nampak berat berkurang pada peringkat awal disebabkan pengurangan sembelit atau air, bukan disebabkan pembakaran lemak.
Berapa lama nak nampak hasil?
Hasil berbeza mengikut individu bergantung kepada diet dan gaya hidup. Penggunaan konsisten mengikut dos yang disyorkan, digabungkan dengan pemakanan seimbang, membantu hasil yang lebih baik.
Perlu kawal diet secara ketat apabila ambil produk ni?
Tidak perlu, tetapi pemakanan seimbang dan senaman setiap hari akan membantu hasil yang lebih baik. Starline direka sebagai sokongan tambahan kepada gaya hidup sihat, bukan penyelesaian tunggal.
Sesuai untuk perempuan hamil/menyusu?
Tidak digalakkan tanpa nasihat doktor. Sila rujuk profesional kesihatan sebelum mengambil Starline semasa hamil atau menyusu.
Cara pengambilan / dos harian?
Sila rujuk arahan penggunaan pada label produk untuk dos yang tepat.
Halal ke tak?
Ya halal. No rujukan (JAKIM.700-2/3/5 022-01/2004)
Boleh return/refund kalau tak sesuai?
Sila rujuk Dasar Pemulangan & Bayaran Balik kami untuk syarat dan tempoh yang berkenaan.










Reviews
There are no reviews yet.