Kandungan Suplemen Kurus Perut Savina
- Bunga Rhizoma (Rhizoma Flowers)
- Membantu melancarkan penghadaman
- Mengurangkan kembung perut
- Membantu proses detoksifikasi badan
- Folium Cassia Angustifolia (Ekstrak Bunga Liar)
- Bertindak sebagai laxative semula jadi
- Membantu melancarkan buang air besar
- Mengurangkan sembelit
- Folium Aloe Barbadensis (Ekstrak Aloe Vera)
- Membantu melancarkan sistem penghadaman
- Bertindak sebagai detoks semula jadi
Savina suplemen kurus perut dan penghadaman herba yang dirumus khas untuk menyokong sistem penghadaman, membantu proses detoksifikasi badan dan meningkatkan metabolisme secara semula jadi, tanpa memerlukan diet ketat.
Kebaikan Suplemen Kurus Perut Savina
- Sokong Metabolisme Secara Semula Jadi
- Membantu penghadaman lancar yang menyokong pengurusan berat badan
- Detoks & Tingkatkan Tenaga
- Detoks badan secara semula jadi tanpa diet ketat
- Lebih bertenaga dan penurunan berat badan
- Tingkatkan metabolisme & Lemak Darah
- Bantu tukar makanan kepada tenaga dengan cepat
- Kurangkan lemak darah untuk kesihatan juantung yang lebih baik
Cara Penggunaan Suplemen Kurus Perut Savina
Untuk hasil yang optimum, ambil Savina 1 kapsul 2 kali sehari mengikut dos yang disyorkan pada label produk secara konsisten setiap hari. Kebanyakan pengguna mula nampak perubahan dalam beberapa bulan penggunaan konsisten. Pengguna digalakkan untuk turut mengamalkan pemakanan seimbang serta gaya hidup aktif untuk hasil yang lebih optimum.
Cara Penyimpanan Savina
Simpan Savina di tempat sejuk dan kering, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan tinggi. Peastikan bekas ditutup rapat selepas setiap penggunaan dan simpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Sesuai untuk Siapa?
Savina sesuai untuk lelaki dab wanita dewasa yang ingin menyokong sistem penghadaman, proses detoksidikasi badan dan usaha kurus perut secara semula jadi. Bagi mereka yang hamil, menyusukan anak, mempunyai masalah gastrik/IBS atau kondisi tertentu, kami galakkan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum penggunaan.
Soalan Lazim Suplemen Kurus Perut Savina
Savina ni laxative ke suplemen kurus?
Savina menggabungkan kedua-dua fungsi — kandungan Cassia Angustifolia bertindak sebagai laxative semula jadi untuk melancarkan penghadaman, manakala Rhizoma dan Aloe Vera menyokong metabolisme dan proses detoksifikasi badan sebagai sebahagian usaha kurus perut. Kajian klinikal menunjukkan senna berkesan meningkatkan kekerapan pergerakan usus berbanding placebo.
Boleh guna Savina setiap hari?
Sila ikut dos yang disyorkan pada label produk. Kandungan laxative semula jadi seperti Cassia Angustifolia sesuai untuk penggunaan berkala mengikut arahan — elakkan pergantungan berlebihan tanpa nasihat profesional kesihatan. Kajian NIH mendapati penggunaan jangka panjang pada dos tinggi (melebihi tempoh disyorkan) dikaitkan dengan risiko kesihatan hati — jadi penting untuk ikut arahan dos dan tidak guna berterusan tanpa henti.
Berapa lama nak nampak hasil kurus perut?
Hasil berbeza mengikut individu. Kebanyakan pengguna mula nampak penghadaman lebih lancar dalam beberapa hari, manakala perubahan berat badan mengambil masa beberapa minggu dengan penggunaan konsisten digabungkan pemakanan seimbang.
Selamat untuk pesakit gastrik atau IBS?
Bagi individu yang mempunyai masalah gastrik atau IBS, kami galakkan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil Savina, memandangkan kandungan laxative semula jadi mungkin memberi kesan kepada sistem penghadaman yang sensitif.
Kenapa saya rasa nak buang air lebih kerap lepas ambil Savina?
Ini kesan biasa disebabkan kandungan Cassia Angustifolia dan Aloe Vera yang menyokong pergerakan usus. Ini normal dan menunjukkan produk sedang berfungsi menyokong sistem penghadaman anda.
Sesuai untuk perempuan hamil/menyusu?
Tidak digalakkan tanpa nasihat doktor. Kandungan laxative semula jadi tidak sesuai untuk hamil/menyusu tanpa pengawasan profesional kesihatan.
Halal ke tak?
Ya, Savina halal dan telah berdaftar dengan KKM.
Boleh return/refund kalau tak sesuai?
Sila rujuk Dasar Pemulangan & Bayaran Balik kami untuk syarat dan tempoh yang berkenaan.
Selain Savina, apa lagi boleh saya buat untuk kurus perut secara semula jadi?
Kurus perut secara sihat biasanya melibatkan gabungan beberapa faktor, bukan bergantung kepada satu produk sahaja. Antara tabiat yang membantu: minum air secukupnya sepanjang hari, kurangkan pengambilan gula dan makanan diproses, tambah pengambilan serat dari sayur dan buah, serta tidur yang cukup. Savina berfungsi sebagai sokongan tambahan kepada tabiat-tabiat ini, bukan penyelesaian tunggal.
Perlukan saya bersenam semasa ambil Savina untuk hasil kurus perut yang lebih baik?
Senaman tidak wajib tetapi sangat digalakkan. Aktiviti ringkas seperti berjalan kaki 20-30 minit sehari atau senaman perut asas boleh membantu mempercepatkan hasil apabila digabungkan dengan penggunaan Savina yang konsisten dan pemakanan seimbang.
Apa beza Savina dengan produk kurus lain dalam range Nature Health Pharmacy?
Savina fokus kepada sokongan sistem penghadaman dan detoksifikasi badan melalui kandungan Rhizoma, Cassia Angustifolia dan Aloe Vera — sesuai untuk mereka yang mengalami kembung perut atau sembelit sebagai halangan utama dalam usaha kurus badan. Jika keutamaan anda lebih kepada tenaga dan metabolisme harian, produk lain dalam range kami mungkin lebih sesuai. Jika anda tidak pasti produk mana sesuai dengan keperluan anda, boleh hubungi kami untuk cadangan lanjut.
Boleh gabungkan Savina dengan suplemen kurus lain?
Kami tidak menggalakkan penggabungan beberapa suplemen kurus atau laxative secara serentak tanpa nasihat profesional kesihatan, memandangkan risiko kesan gabungan kepada sistem penghadaman. Jika anda ingin menggabungkan produk, sila rujuk ahli farmasi atau doktor terlebih dahulu.
Betul ke suplemen “detoks” boleh buang toksin dalam badan?
Menurut National Institutes of Health (NIH), badan manusia sebenarnya sudah mempunyai sistem semula jadi (hati dan buah pinggang) untuk memproses dan membuang bahan yang tidak diperlukan. Istilah “detoks” dalam konteks Savina merujuk kepada sokongan kepada sistem penghadaman dan pergerakan usus yang lancar, bukan dakwaan membuang “toksin” secara khusus yang belum disahkan secara saintifik.











Reviews
There are no reviews yet.