Kandungan Suplemen Kesuburan Lelaki AREX
- Radix Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) Extract — 200mg
- Membantu meningkatkan tahap testosteron secara semula jadi
- Menyokong penghasilan sperma yang sihat
- Meningkatkan pergerakan sperma (motiliti)
- Membantu meningkatkan libido
- Mengurangkan tekanan dan keletihan
AREX suplemen kesuburan lelaki Tongkat Ali yang secara tradisinya digunakan untuk kesihatan dan vitaliti lelaki. Diformulasi dengan ekstrak Radix Eurycoma Longifolia berkualiti tinggi, AREX menyokong pengeluaran testosteron secara semula jadi, tenaga harian, serta kesihatan reproduktif lelaki.
Kebaikan Suplemen Kesuburan Lelaki AREX
- Sokongan Hormon & Tenaga
- Membantu menyokong pengeluaran testosteron secara semula jadi
- Membantu melambatkan andropause (menopaus lelaki)
- Meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan keletihan
- Prestasi & Kesihatan Seksual
- Secara tradisinya digunakan untuk menyokong prestasi dan potensi seksual lelaki
- Membantu meningkatkan libido seksual
- Kualiti & Kesihatan Sperma
- Menyokong kualiti, kepekatan, dan pergerakan (motility) sperma
- Menyokong kesihatan reproduktif lelaki secara keseluruhan
Disokong Kajian Saintifik
Eurycomanone, sebatian utama dalam Tongkat Ali, telah dikaji dalam beberapa kajian klinikal berkaitan sokongan testosteron dan kesihatan reproduktif lelaki (Leisegang et al., 2022; Tambi & Imran, 2010). Kajian turut menunjukkan potensi manfaat terhadap tahap tenaga dan pengurusan tekanan (Chinnappan et al., 2021; Talbott et al., 2013).
Nota: Hasil kajian saintifik tidak menjamin keputusan yang sama untuk setiap individu. AREX adalah produk tradisional dan bukan ubat perubatan.
Cara Penggunaan AREX
Dewasa: Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan. Untuk hasil optimum, gunakan secara konsisten. Kebanyakan pengguna mula nampak perubahan dalam 1–3 bulan penggunaan berterusan; bagi peningkatan kualiti sperma, hasil biasanya memerlukan sekurang-kurangnya 2–3 bulan memandangkan kitaran pembentukan sperma mengambil masa.
Cara Penyimpanan AREX
Simpan di bawah suhu 30°C, di tempat kering dan jauh dari cahaya matahari langsung. Pastikan bekas ditutup rapat selepas setiap penggunaan. Jauhkan daripada capaian kanak-kanak.
Sesuai Untuk Siapa?
AREX sesuai untuk lelaki dewasa (18 tahun ke atas) yang ingin menyokong tahap tenaga dan hormon secara semula jadi. Ini adalah produk tradisional — sila rujuk pengamal farmasi atau doktor sebelum penggunaan, terutamanya jika anda mempunyai kondisi prostat sedia ada (BPH/kanser prostat), masalah jantung, atau tekanan darah tinggi.
Soalan Lazim Suplemen Kesuburan Lelaki AREX
Apa kandungan utama AREX?
Setiap kapsul AREX mengandungi 200mg ekstrak Radix Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) tulen, dibungkus dalam kapsul sumber vegetable.
Berapa lama nak nampak hasil?
Kebanyakan pengguna mula nampak perubahan dalam 1–3 bulan penggunaan konsisten. Bagi peningkatan kualiti sperma, hasil biasanya memerlukan sekurang-kurangnya 2–3 bulan disebabkan kitaran pembentukan sperma. Hasil boleh berbeza mengikut individu.
Cara pengambilan / dos harian?
Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan. Jangan lebihkan dos yang disyorkan.
Jika ada masalah prostat sedia ada (BPH/kanser prostat)?
Sila rujuk doktor sebelum mengambil AREX memandangkan kandungan berkait dengan sokongan tahap testosteron. Jika anda mencari suplemen yang lebih sesuai untuk sokongan kesihatan prostat, anda boleh lihat Urafirin sebagai alternatif.
Ada kesan sampingan?
Tongkat Ali secara umumnya selamat digunakan mengikut dos yang disyorkan. Sesetengah individu mungkin sensitif dan mengalami simptom seperti jantung berdebar-debar atau perubahan tekanan darah. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, masalah jantung, atau alami sebarang gejala tidak selesa, hentikan penggunaan dan rujuk doktor.
Selamat digunakan semasa cuba untuk hamil (TTC) bersama pasangan?
AREX boleh menyokong kesihatan reproduktif lelaki semasa perancangan kehamilan. Jika ada kebimbangan kesuburan yang berpanjangan, kami galakkan berjumpa doktor untuk penilaian lanjut.
Halal ke tak?
AREX diformulasi mengikut piawaian Halal. Sila rujuk nombor pensijilan Halal pada produk untuk pengesahan, atau semak status pensijilan melalui portal rasmi JAKIM.
Ini ubat atau suplemen?
AREX adalah produk tradisional berdaftar MAL (traditional medicine), bukan ubat farmaseutikal. Ia digunakan secara tradisinya untuk sokongan kesihatan dan tenaga lelaki, bukan untuk merawat sebarang penyakit atau kondisi perubatan.
Boleh return/refund kalau tak sesuai?
Sila rujuk Dasar Pemulangan & Bayaran Balik kami untuk syarat dan tempoh yang berkenaan.












Reviews
There are no reviews yet.