Combo Detonorm Parasotin menggabungkan dua suplemen herba tradisional untuk menyokong pembuangan cacing dan parasit secara semula jadi, serta kesihatan sistem penghadaman dan detoks badan. Detonorm menyokong pembersihan usus dan kelancaran pembuangan, manakala Parasotin menyokong kesihatan sistem penghadaman dan pembuangan cacing halus. Setiap set mengandungi 1 kotak Detonorm dan 1 kotak Parasotin (30 kapsul setiap satu).
Kenapa Pilih Combo Detonorm Parasotin untuk Buang Cacing?
- Dua formula, dua fokus: Detonorm untuk detoks badan dan pemulihan penghadaman, Parasotin untuk kesihatan sistem penghadaman dan pembuangan cacing halus
- Formula herba tradisional: Thorowax Cina, Chinese Skullcap, Akar Da Huang, Honeysuckle, Cape Jasmine dan Gantania
- Berdaftar KKM dan diperakui Halal
- Lebih mudah: beli sekali dalam satu set, tidak perlu beli berasingan
Kandungan Utama Combo Detonorm Parasotin
Detonorm (30 kapsul x 500 mg)
- Akar Thorowax Cina (Radix Bupleurum Chinensis)
- Digunakan secara tradisional dalam formulasi untuk menyokong pembersihan parasit
- Chinese Skullcap (Radix Scutellaria Baicalensis)
- Digunakan secara tradisional untuk menyokong keselesaan usus
- Akar Da Huang (Keladi Cina, Radix Rheum Palmatum)
- Digunakan secara tradisional untuk melancarkan pembuangan
Parasotin (30 kapsul x 450 mg)
- Honeysuckle Jepun (Lonicera Japonica)
- Digunakan secara tradisional untuk menyokong penyahtoksikan badan dan membantu usus
- Cape Jasmine (Gardenia)
- Digunakan secara tradisional untuk membersihkan sistem pencernaan dan menyahtoksik badan
- Ekstrak Gantania
- Membantu penghadaman yang lancar dan menyingkirkan haba serta toksin badan
Kebaikan Combo Detonorm Parasotin
- Sokong Pembuangan Cacing dan Parasit
- Gabungan herba tradisional dalam Detonorm dan Parasotin menyokong pembuangan cacing dan parasit secara semula jadi
- Sokong Kesihatan Usus dan Penghadaman
- Membantu melancarkan penghadaman dan menyokong keselesaan usus
- Detoks Badan
- Membantu menyingkirkan haba dan toksin badan supaya badan terasa lebih ringan dan selesa
- Sokong Pemulihan Sistem Penghadaman
- Sesuai sebagai sokongan tambahan selepas pemeriksaan dan nasihat doktor
Cara Pengambilan Combo Detonorm Parasotin
Ambil kedua-dua suplemen secara konsisten mengikut dos pada label produk:
- Detonorm, 2 minggu pertama: 3 biji, 2 kali sehari. Selepas 2 minggu: 1 biji, 3 kali sehari
- Parasotin, 2 minggu pertama: 2 biji, 3 kali sehari. Selepas 2 minggu: 1 biji, 3 kali sehari
Sesetengah pengguna mungkin mengalami perubahan pembuangan air besar pada peringkat awal, termasuk pembuangan yang lebih kerap. Jika pembuangan menjadi cair berpanjangan, atau anda berasa lemah atau pening, hentikan penggunaan, minum air secukupnya dan dapatkan nasihat doktor. Jika mengalami kesan sampingan atau ketidakselesaan lain, hentikan penggunaan dan rujuk doktor.
Jika anda mengesyaki jangkitan cacing atau parasit yang serius, atau mengalami simptom berpanjangan seperti sakit perut kronik, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
Cara Penyimpanan
Simpan kedua-dua produk di tempat sejuk dan kering, jauh dari cahaya matahari langsung. Tutup rapat bekas selepas digunakan dan simpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Combo Detonorm Parasotin Sesuai Untuk Siapa?
Combo ini sesuai untuk lelaki dan wanita dewasa yang ingin menyokong pembuangan cacing dan parasit serta kesihatan usus secara semula jadi. Combo ini tidak sesuai untuk wanita hamil atau menyusu, dan tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Jika anda mempunyai masalah gastrik, IBS atau masalah penghadaman sedia ada, atau sedang mengambil ubat preskripsi, rujuk doktor terlebih dahulu.
Maklumat Produk
- Kandungan set: 1 kotak Detonorm + 1 kotak Parasotin (30 kapsul setiap satu)
- No. pendaftaran: Detonorm MAL06100682T, Parasotin MAL20014601T
- Status: Berdaftar KKM, diperakui Halal
- Produk individu: Detonorm dan Parasotin
Soalan Lazim Combo Detonorm Parasotin
Apa isi dalam combo Detonorm Parasotin?
Satu set combo mengandungi 1 kotak Detonorm dan 1 kotak Parasotin, masing-masing 30 kapsul.
Combo ni ubat bunuh cacing ke?
Combo ini bukan ubat farmaseutikal. Ia ialah produk herba tradisional yang menyokong pembuangan cacing dan parasit secara semula jadi serta kesihatan penghadaman. Jika anda disahkan mempunyai jangkitan cacing, ikut rawatan yang ditetapkan doktor dan bincang sama ada combo ini sesuai sebagai sokongan tambahan.
Apa beza Detonorm dan Parasotin?
Detonorm lebih fokus kepada detoks badan, kelancaran pembuangan dan keselesaan usus. Parasotin lebih fokus kepada kesihatan sistem penghadaman dan pembuangan cacing halus. Combo ini menggabungkan kedua-duanya dalam satu set.
Macam mana nak tahu saya ada cacing atau parasit?
Tanda biasa termasuk sakit perut, cirit-birit yang berpanjangan, kurang selera makan, rasa gatal sekitar dubur, atau penurunan berat badan tanpa sebab. Simptom ini juga boleh disebabkan oleh perkara lain, jadi dapatkan pemeriksaan doktor untuk pengesahan, contohnya ujian najis, sebelum menganggap ia cacing.
Boleh ambil Detonorm dan Parasotin serentak?
Combo ini disediakan sebagai satu set. Ambil setiap produk mengikut dos pada label masing-masing. Jika anda mempunyai kondisi kesihatan sedia ada atau sedang mengambil ubat, rujuk doktor atau ahli farmasi dahulu.
Ada kesan sampingan seperti sakit perut atau cirit-birit?
Sesetengah pengguna mungkin mengalami pembuangan air besar yang lebih kerap pada peringkat awal. Jika ketidakselesaan berterusan atau teruk, hentikan penggunaan serta-merta dan dapatkan nasihat doktor.
Selamat untuk yang ada masalah gastrik atau IBS?
Jika anda mempunyai masalah gastrik, IBS atau masalah penghadaman sedia ada, rujuk doktor sebelum mengambil combo ini.
Sesuai untuk kanak-kanak atau wanita hamil?
Tidak sesuai untuk wanita hamil atau menyusu. Combo ini boleh diambil kanak-kanak pada umuur 12 tahun ke atas.
Perlu seisi keluarga ambil sekali?
Jangkitan cacing boleh merebak dalam kalangan ahli keluarga jika kebersihan diri dan persekitaran tidak dijaga dengan baik. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi tentang keperluan rawatan untuk ahli keluarga lain. Pastikan setiap ahli keluarga menggunakan produk yang sesuai dengan umur masing-masing.
Apa lagi boleh dilakukan untuk elak cacing berulang?
Amalkan kebersihan diri dengan mencuci tangan menggunakan sabun sebelum makan dan selepas ke tandas. Pastikan kuku sentiasa pendek, sayur-sayuran dan buah-buahan dibasuh dengan bersih, daging dimasak sehingga betul-betul masak, dan air yang diminum bersih serta selamat. Tabiat ini penting untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan cacing, walaupun anda mengambil combo ini.
Berapa lama patut ambil?
Ikut dos pada label dan jangan melebihi dos yang ditetapkan. Jika simptom tidak berubah atau bertambah teruk, rujuk doktor. Jangan gunakan tanpa had masa tanpa nasihat doktor.
Bila patut ke hospital segera?
Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mengalami sakit perut yang teruk, darah dalam najis, demam tinggi, muntah berterusan, tanda dehidrasi (sangat dahaga, pening, kencing sangat sedikit), atau penurunan berat badan tanpa sebab. Combo ini ialah suplemen sokongan, bukan rawatan kecemasan.
Halal dan berdaftar KKM ke?
Ya, kedua-dua produk dalam combo Detonorm Parasotin ini diperakui Halal dan berdaftar dengan KKM (Detonorm MAL06100682T, Parasotin MAL20014601T).
Boleh return/refund kalau tak sesuai?
Sila rujuk Dasar Pemulangan & Bayaran Balik kami untuk syarat dan tempoh yang berkenaan.







Reviews
There are no reviews yet.