,

New Zealand Manuka Honey

Price range: RM98.00 through RM128.00

& Free Shipping

Madu Manuka tulen dari New Zealand (MGO 83+) yang terkenal dengan sifat antibakteria semula jadi. Membantu menyokong sistem imun, tenaga, dan kesihatan pencernaan.

Guaranteed Safe Checkout

Kandungan Madu Manuka New Zealand

  1. 100% Pure New Zealand Manuka Honey (MGO 83+)
    • Dikenali dengan kandungan Methylglyoxal (MGO) yang tinggi untuk sifat antibakteria semula jadi
    • Membantu meningkatkan imuniti & menyokong kesihatan keseluruhan
    • Sumber tenaga semula jadi tanpa bahan tambahan tiruan

Kebaikan Madu Manuka Untuk Kesihatan

  1. Meningkatkan Imuniti Badan
    • Menguatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan bakteria & virus
    • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas hingga warga emas
  2. Tenaga Semula Jadi Seharian
    • Memberi tenaga berpanjangan tanpa rasa letih
    • Sesuai diambil waktu pagi untuk memulakan hari dengan bertenaga
  3. Penjagaan Kesihatan Dalaman & Luaran
    • Membantu proses penyembuhan dalaman secara semula jadi
    • Meningkatkan kesihatan kulit, tekak, dan sistem pencernaan

Cara Penggunaan Madu Manuka

Madu Manuka boleh diambil terus secara terus menggunakan sudu bersih, atau dicampurkan ke dalam air suam, teh, atau makanan harian. Untuk sokongan imuniti dan tenaga harian, ambil 1-2 sudu teh sehari — sesuai diambil pada waktu pagi sebelum sarapan untuk penyerapan yang lebih optimum.

Dos yang disyorkan:

Dua kali sehari. Untuk kegunaan luaran (seperti pada luka ringan atau kulit), gunakan sedikit Manuka Honey yang khusus untuk kegunaan tersebut sahaja — rujuk label produk untuk grade yang sesuai. Elakkan menggunakan sudu logam berulang kali ke dalam balang yang sama untuk mengekalkan kualiti madu.

Cara Penyimpanan Madu Manuka

Simpan Madu Manuka di tempat sejuk dan kering, jauh daripada cahaya matahari langsung. Madu Manuka tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk — suhu bilik adalah paling sesuai untuk mengekalkan tekstur dan khasiatnya.

Pastikan penutup balang sentiasa ditutup rapat selepas setiap penggunaan untuk mengelakkan kelembapan. Elakkan mencairkan madu yang sudah mengeras menggunakan haba tinggi (seperti microwave), kerana ini boleh menjejaskan kandungan MGO dan enzim semula jadi di dalamnya.

Sesuai Untuk Siapa?

Madu Manuka New Zealand ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas, dewasa, dan warga emas yang ingin menyokong sistem imun dan tenaga harian secara semula jadi. Penting: Madu tidak sesuai untuk bayi bawah setahun kerana risiko infant botulism. Bagi individu dengan diabetes atau kondisi kesihatan tertentu, rujukan doktor digalakkan sebelum penggunaan berterusan.

Soalan Lazim Tentang New Zealand Manuka Honey

Selamat untuk bayi bawah setahun?

Tidak. Madu (termasuk Manuka Honey) tidak digalakkan untuk bayi bawah 12 bulan disebabkan risiko bayi botulisme (infant botulism). Produk ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas.

Apa maksud MGO 83+, dan kenapa nombor ni penting?

MGO (Methylglyoxal) adalah penanda yang mengukur tahap keberkesanan antibakteria semula jadi dalam Manuka Honey. Semakin tinggi nombor MGO, semakin tinggi sifat antibakterianya.

Adakah Manuka Honey selamat untuk pesakit diabetes walaupun mengandungi gula semula jadi?

Manuka Honey masih mengandungi gula semula jadi. Jika anda menghidap diabetes, dapatkan nasihat doktor atau ahli dietetik tentang jumlah pengambilan yang sesuai untuk membantu mengawal paras gula darah anda.

Boleh digunakan pada luka luaran atau hanya untuk pengambilan oral?

Manuka Honey direka untuk pengambilan dalaman (oral). Untuk penggunaan luaran pada luka, sila dapatkan produk Manuka Honey yang khusus untuk kegunaan tersebut.

Boleh ambil waktu malam, atau khas waktu pagi sahaja?

Manuka Honey boleh diambil pada bila-bila masa. Waktu pagi disyorkan untuk manfaat tenaga sepanjang hari. Namun tiada halangan untuk anda mengambilnya pada waktu lain mengikut keperluan masing-masing.

Macam mana nak pastikan keaslian produk ni?

Manuka Honey ini berasal dari New Zealand dan mempunyai penarafan MGO 83+, yang menunjukkan kandungan methylglyoxal dalam madu tersebut. Untuk memastikan ketulenan produk, anda boleh menyemak label serta sijil pengesahan atau laporan ujian produk yang tersedia.

Cara pengambilan / dos harian?

Sila rujuk arahan penggunaan pada label produk untuk dos yang tepat.

Tempoh luput (expiry) berapa lama?

Sila rujuk kotak produk untuk tarikh luput sebenar.

Sesuai untuk perempuan hamil/menyusu?

Ya, secara umum Manuka Honey selamat untuk ibu hamil/menyusu, namun sila rujuk doktor jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan khusus.

Boleh return/refund kalau tak sesuai?

Sila rujuk Dasar Pemulangan & Bayaran Balik kami untuk syarat dan tempoh yang berkenaan.

Weight 0.25 kg
Dimensions 20 × 15 × 12 cm
Kandungan

100% Pure New Zealand Manuka Honey (MGO 83+)

Kebaikan

Menyokong sistem imun, Memberi tenaga semula jadi, Menyokong kesihatan pencernaan

Target Pengguna

Kanak-kanak, Dewasa, Warga emas

Fokus Kesihatan

Imuniti badan, Tenaga harian, Kesihatan dalaman

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “New Zealand Manuka Honey”
Shopping Cart
madu-manulkaNew Zealand Manuka Honey
Price range: RM98.00 through RM128.00Select options
Scroll to Top